Wednesday 20 February 2013

JBU: Malaysian voice fm Ottawa, Canada

Sesi temu duga JBU bersama Zeti Harris, warga Malaysia di Ottawa, Kanada.

JBU: Apakah latar belakang anda (umur, asal usul, pekerjaan)?
Zeti: 42 tahun, Orang Melayu dari Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di KL.

JBU: Ada rancangan pulang ke Malaysia?
Zeti: Dalam masa setahun dua ini, saya tidak ada rancangan untuk pulang tetapi siapa tahu, insha Allah.

JBU: Apa mesej anda kepada rakyat Malaysia?
Zeti: Malaysia perlukan pemimpin yang kotakan janji, meraikan perpaduan dan mengejar kecemerlangan. "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

JBU: Ada pesanan lain?
Zeti: Saya selalu banggakan negara Malaysia yang berbilang bangsa. Pelbagai ugama dan perayaan berbilang kaum disambut (seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali...) dan hubungan di antara kita, erat.

Kita rayakan rumah terbuka, satu konsep yang pelik bagi orang luar. Inilah keunikan Malaysia di mana kita belajar dan hormat agama, budaya dan tradisi di antara kita.

Malangnya, ada di antara pemimpin kita yang tidak meraikan nilai perpaduan ini malah, cuba memecah-belahkan kita.

++++

JBU interviews Zeti Harris, a Malaysian based in Ottawa, Canada.

JBU: What is your background (age, hometown, profession)?
Zeti: I'm 42 year old Malaysian Malay, born and raised in KL.

JBU: When did you migrate from Malaysia?
Zeti: I left Malaysia in 1997.

JBU: Why did you migrate from Malaysia?
Zeti: I married a Canadian and have set up home here in Ottawa.

JBU: Any plans to head back to Malaysia?
Zeti: As sad as it sounds, I have no plans to head back to Malaysia in the near future but, God knows.

JBU: Do you have any message of hope for Malaysia?
Zeti: Malaysians deserve a great leader who practices what he preaches, celebrates unity and strives for excellence. “Seek knowledge from the Cradle to the Grave “

JBU: Anything else to add?
Zeti: I have always been proud of Malaysia being a multi-racial country. We celebrate different religious celebrations (Eid, CNY, Christmas, Deepavali, etc) but yet, we remain the best of friends regardless.

We enjoy each other's "open houses", a concept so foreign to people elsewhere. This is a beauty in itself where we learn and respect each other's religion, culture and tradition.

Sadly, our political leaders of the country do not celebrate this and choses instead to divide us.


No comments:

Post a Comment